Berhenti Menjadi AGENT !! Kenapa ??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, pada kali ini saya akan menceritakan kepada anda bagaimana hendak menjadi Usahawan yang berjaya dengan hanya menjual tudung.

Kebanyakkan orang hanya mengaut keuntungan daripada hasil jualan dengan cara menjadi agent, TETAPI anda boleh menjadi seperti Mawar Fareeda yang membuka butik dan memberi jenama sendiri pada jualan tudung beliau.



Berhenti daripada menjadi agent penjualan tudung kerana mungkin anda membuang masa dengan menjadi agent. Bukan kah lebih baik anda sendiri yang membuka bisnes tudung sendiri kerana masa anda lebih terluang.

Bisnes tudung pada alaf sekarang amat lah tinggi nilainya, orang ramai sanggup menghabiskan duit mereka dengan hanya untuk membeli tudung antaranya tudung adijuma yang semakin popular saban hari.

Disini saya amat mengesyorkan kepada anda bahawa anda boleh mengaut keuntungan lebih daripada 3-5 angaka sehari dan tidak berkemungkinan anda boleh menjadi JUTAWAN tudung dengan sekelip mata.

MENGAPA anda perlu menjadi usahawan tudung ?? MENGAPA anda perlu berhenti menjadi agent ??

1- Anda boleh mencari agent-agent anda sendiri

- Kalau untung pun 20%-30% bagaimana anda nak lantik ejen-ejen yang bergerak di bawah anda. Kalau margin anda tinggi, anda boleh bagi margin yang selesa kepada ejen-ejen anda. Jadi ejen anda untung, anda pun untung. Anda boleh fokuskan untuk servis ejen-ejen anda sahaja.



2- Anda boleh upah pekerja anda sendiri

- Bila untung besar, anda mempunyai lebihan duit untuk mengupah pekerja. Sampai satu masa, bila umur anda dah meningkat, tenaga anda makin berkurang. Anda ingin lebihkan masa untuk bersama keluarga. Kalau untung sedikit, sampai bilakah anda nak kerja sorang-sorang?



3- Anda boleh membuat pemasaran

- Punca utama kejayaan Bisnes Tudung yang berjuta-juta ringgit sebulan adalah Kuasa Pemasaran. Tokey-tokey tudung ini tidak lokek untuk membelanjakan sejumlah wang untuk dilaburkan untuk mengiklankan produk mereka di kaca TV, Radio, Billboard dan mengupah duta produk yang berketerampilan. Ini sangat membantu melonjakkan bisnes mereka. Ini merupakan antara RAHSIA KUNCI KEJAYAAN mereka :)



4- Anda boleh jaga kualiti

- Dengan adanya margin keuntungan besar, anda boleh mempertingkatkan servis Bisnes Tudung anda. Anda boleh menggajikan pekerja untuk Customer Service untuk menjaga pelanggan-pelanggan anda. Dengan servis jualan yang mantap, sesiapa sahaja akan lebih terarik untuk membeli produk anda berbanding pesaing anda. Kalau anda sebagai pembeli, mesti anda suka ke kedai yang mempunyai staff yang membantu dan peramah bukan ? :)



5- Anda boleh fokus terhadap branding dan inovasi

- Bila untung anda besar, anda boleh fokuskan kepada menaikkan JENAMA anda sendiri. Jenama memainkan peranan yang penting kerana ia merupakan simbol yang membezakan produk anda dengan pesaing. Antara faktor kejayaan Tudung Fareeda adalah kekuatan jenamanya yang eklusif serta design yang unik dan inovatif. Kelainan tudung ini, yang membuatkan ramai orang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan tudung ini - orang beli bukan hanya sebab ianya Tudung Fareeda, tetapi sebab ianya EKSLUSIF. Walaupun mungkin sekarang ini ada yang anti-Fareeda, namun kita ambil yang side positif sahaja :) dan buat yang lagi baik.InsyaAllah.


Anda berminat untuk menjadi salah seorang Usahawan Bisnes Tudung, TETAPI anda tidak tahu bagaimana caranya??



Anda boleh mendapatkan EBOOK Lubuk Bisnes Tudung, semua tentang ushawan tudung terkandung di dalam EBOOK itu. Anda boleh juga merujuk pada page ini.

0 Response to "Berhenti Menjadi AGENT !! Kenapa ??"

Post a Comment