KENAPA perlu membuat bisnes tudung ?? Mungkin anda masih lagi tertanya-tanya. Disini saya akan menceritakan kepada anda bahawa Bisnes tudung ini sangat membantu anda kerana sekarang ini sudah ramai penggemar tudung yang membeli tudung dengan sebab fesyen yang menjadi kegilaan para gadis dan wanita di Malaysia.
Saya senaraikan antara fesyen tudung yang telah menjadi kegilaan oleh kaum hawa.
1. Shawl / Selendang
Berbentuk empat segi dan panjang mengikut design, sama ada berwarna polos kosong atau pun corak-corak menarik; tudung jenis shawl/selendang ini kebiasaannya menjadi kegemaran remaja dan hijabista yang kreatif menggayakannya. Pin dan jarum peniti akan menjadi aksesori wajib si penggaya shawl.
2. Tudung Halfmoon
Tudung jenis halfmoon adalah salah satu jenis tudung yang telah mendapat perhatian ramai pada waktu kini. Seakan-akan selendang tetapi uniknya ia berbentuk 3 segi dan berbentuk curve atau wave pada bahagian hujungnya. Kebiasaannya tudung halfmoon diperbuat dari material chiffon yang lembut dan senang dibentuk.
3. Tudung Fareeda
Namanya saja sudah sinonim dengan gaya yang ditampilkan. Walaupun mempunyai pelbagai koleksi, tudung Fareeda terkenal dengan kombinasi warna, lapisan kain yang unik dan semestinya tersendiri.
4. Tudung Sarung
Tidak salah mengatakan tudung sarung adalah tudung yang wajib dimiliki oleh setiap perempuan Muslim di luar sana. Ini kerana gaya pemakaiannya yang mudah, ringkas dan kemas boleh menjadi pilihan pada bila-bila masa jua.
5. Tudung Gaya Hana Tajima
Fashion designer dari UK ini menjadi bualan rakyat Malaysia apabila menjadi tulang belakang yang menghasilkan imej urban ikon hijabista Malaysia sendiri, Yuna. Apa yang menarik tentang gaya tudung Hana Tajima ini? Gayanya yang unik dan urban menampakkan keserlahan si pemakai dan membawa nafas segar dalam berhijab.
6. Tudung Bawal
Gaya yang paling classic dan basic, tudung Bawal. Berbentuk tiga segi jika digayakan sopan menutup dada dan bahagian belakang. Setiap si pemakai hijab pasti arif tentang gaya bawal ini kerana tudung bawal adalah gaya tudung wajib yang pertama digayakan sebelum mereka berani mencuba gaya lain yang lebih complex dan stylish. Seperti duta tudung bawal Malaysia, Norjuma yang popular dengan jenama Bawal Adijuma miliknya, penggayaan bawal tidak akan pernah mengecewakan si pemakai untuk kelihatan manis, ringkas dan ayu.
Ini antara fesyen yang telah jadi kegilaan fesyen tudung dan kini keluar pula branding terbaru iaitu tudung Naelofar , tudung Emma dan tudung Siti Scarf yang kini telah hangat dipasaran.
Anda juga boleh mengeluarkan brand anda sendiri, nak tahu rahsianya?? Apa tunggu lagi dapatkan Ebook Lubuk Bisnes Tudung yang dapat membantu anda dalam bisnes tudung yang bakal anda jalankan.
Ebook ini terkandung semua aspek yang diperlukan termasuk lokasi rahsia lubuk tudung yang bakal anda ketahui dan disediakan lokasi GPS . Bukan kah lebih menjimatkan masa anda , tidak perlu untuk mencari sendiri semuanya terkandung di dalam Ebook. Untuk lebih info tentang Ebook ini jum klik page Lubuk Bisnes Tudung
0 Response to "Bisnes Tudung Menguasai Dunia Fesyen !!"
Post a Comment